06
Aug
07

Kenapa Aku Tulis Blog?

Sejak dari sekolah lagi aku seorang yang pendiam. Biasanya tangan dan kaki aku lebih aktif dari mulut aku. Ketika kecil dahulu aku pernah terjun dari tingkat atas rumah aku. Aku tak tahu apa yang berlaku selepas itu sebab aku tak ingat apa-apa, cuma ternampak bayangan longkang dan doktor samar-samar. Aku pernah ajak sepupu-sepupu aku masuk reban ayam datuk aku. Kami main perang-perang baling telur ayam. Habis pecah telur ayam datuk aku. Lepas tu kami kena denda tak boleh makan telur. Tak kisah la, fikirku. Janji dapat makan ayam. Hakhakhak.

Kalau balik kampung, aku suka masuk hutan belakang rumah datuk, panjat pokok, lastik burung. Aku juga saja suka-suka simbah air kat kambing pasal orang kata kambing malas mandi. Aku suka baling kayu kat angsa yang merayap belakang rumah sampai angsa tu kejar adik aku balik dan macam-macam lagi la yang aku buat. Saudara-mara aku cakap, kecil-kecil dulu aku ‘buas’ (nakal) sangat sebab tu bila besar aku jadi pendiam. Perangai ‘buas’ (nakal) aku tu dah habis masa aku kecil dulu. Betul ke macam tu? Entah, tanya la saudara-mara aku yang cakap tu.

Sedar tak sedar sifat pendiam tu terbawa-bawa sampai sekarang. Orang yang tak kenal aku mungkin ingat aku sombong sebab tak tegur mereka. Sebenarnya aku bukan sombong. Cuma aku tak biasa bercakap dengan orang yang aku tak kenal atau baru kenal. Otak aku jadi blank, tak tahu nak cakap apa. Aku lebih suka mendengar daripada bercakap. Jadi, maafkan aku kalau aku kurang memberi respon.

Namun, kadang-kadang aku boleh jadi banyak bercakap juga bila bersama orang yang satu kepala dengan aku. Tapi lama-lama lebih kepada merapu. Jadi aku fikir daripada aku bercakap benda-benda yang tak berfaedah, lebih baik aku diam. Masalahnya, bila aku diam ramai yang tak tahu apa yang bermain di kepalaku. Tak tahu apa yang aku fikirkan. Lepas itu mereka buat andaian sendiri tentang aku. Andaian yang kadang-kadang boleh buat aku tergelak mendengarnya. Sungguh tinggi imaginasi mereka. Mungkin mereka patut pergi kursus Sci-Fi saudara Firdaus Ariff.

Lalu aku tulis blog ini supaya aku dapat berkongsi pengalaman aku dengan orang lain. Supaya mereka tahu apa yang bermain di kepalaku. Supaya mereka tahu apa yang aku fikirkan. Supaya mereka tahu apa yang berlaku bila aku berbicara…

Wuqing: Mataku memerhati, telingaku mendengar, mulutku membisu.


4 Responses to “Kenapa Aku Tulis Blog?”


  1. August 16, 2007 at 4:59 pm

    apabila haeqal mula menulis, itu tanda dia mula mahu berbicara. tak sangka ia membuatkan ramai yang rasa teruja …termasuklah aku. a mysterious haeqal perhaps.

  2. 2 wuqing
    February 7, 2008 at 10:09 pm

    annidxam,
    Orang kata senyap dalam lisan, banyak cakap dalam tulisan. Orang kata la… :)

  3. June 24, 2008 at 11:24 am

    haha selama aku knl ko mmg pendiam pn..tp takpe aku ske ko ckp pakai tangan artis ko..bicara dari karya artistik,a picture which tells a thousand words..

  4. 4 wuqing
    July 1, 2008 at 9:56 am

    ahtong,
    bley plak ko jumpa blog aku ek, hakhakhak…
    cakap pakai tangan artis, bicara dari karya artistik,a picture which tells a thousand words…
    camno tu, ekau nk suruh den menulih ko melukih nih?…


Leave a Reply




Chronology

August 2007
M T W T F S S
    Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Archives