28
Nov
08

MASKARA shorties: THE UNTOLD STORY

romlah

Ini bukan entri yang aku kata aku dah tulis sebelum ini. Entri tersebut yang turut mengandungi ulasan-ulasan pendek aku tentang short movies malam itu aku dah malas nak tulis balik. Sekian.

* * * * *

Malam itu, aku dating agak awal (Nota: Perkataan ‘dating’ tu sebenarnya aku tulis ‘datang’ tapi Microsoft Office Word 2007 pandai-pandai je tukar jadi ‘dating’. Macam bagus je nak tukar-tukar perkataan yang aku tulis). Kali ini aku pergi bersama Sang Penangkap Gambar merangkap Sang Penunjuk Jalan, Ketua Kongsi Gelap iaitu mantan Sang Penunjuk Jalan yang gagal sebelum ini, dan sebuah Robot. Kami jangka ramai yang akan dating malam itu (tengok tu, dia buat lagi). Dan memang ramai pun. Jauh melebihi bilangan pengunjung MASKARA-MASKARA sebelum ini (macam tau je, padahal ini baru kali kedua aku dating). Tapi memang betul pun aku rasa.

Terima kasih kepada penganjur kerana menyediakan ruang solat untuk kami yang dating awal ni. Tapi Sang Penangkap Gambar kata, “Tiap kali aku semayang kat sini, kiblatnya berubah-ubah”. Terima kasih juga kerana menyediakan pelbagai juadah buat kami. Dapat juga la kami yang tak sempat makan sebab dating awal ni mengalas perut. Aku amik pop corn ngan air teh je sebab aku baik dan ingat orang belakang. Ketua Kongsi Gelap amik jagung manis lalu aku pau dia punya err jagung manis sebab nampak sedap. Time commercial break aku plak pergi amik jagung manis lalu Ketua Kongsi Gelap pulak pau aku punya aaa jagung manis sebab memang sedap.

Ketika asyik menonton short movie yang ditayangkan, tangan aku memegang secawan pop corn dan secawan teh. Ada satu ketika aku tercelup tangan aku dalam cawan berisi teh yang aku sangkakan cawan berisi pop corn. Nasib baik teh tu dah sejuk. Kira ok la daripada aku terteguk cawan berisi pop corn yang aku sangkakan cawan berisi teh. Tumpah pop corn tu nanti mesti orang sebelah perasan. Nanti mereka fikir aku buruk lantak plak sedangkan pada hakikatnya aku seorang yang bersopan santun.

Tiba-tiba aku teringat yang aku nak jumpa Miki yang dah dekat 7 tahun tak jumpa lalu aku hantar SMS.

kau dating tak?

Habis program Miki call aku. Dia suruh aku angkat tangan supaya dia nampak aku. Aku pun angkat tangan. Kemudian dia suruh aku angkat handphone plak mungkin supaya dia nampak cahaya pada handphone aku tu. Aku pun angkat handphone. Tiba-tiba aku rasa macam orang bodoh plak sebab ikut cakap Miki. Kemudian ada orang cuit aku dari belakang. Aku toleh, Miki kat belakang aku. Siot Miki, macam kenakan aku je tadi.

Sebelum pulang, salah seorang penganjur memberitahu kami, “Terima kasih kerana sudi dating…jangan serik”.

* * * * *

Nota: Foto di atas adalah cover buku ROMLAH THE UNTOLD STORIES yang aku beli malam itu dan dikatakan sebagai bestseller-to-be. Aku tak pasti tentang itu tapi apa yang aku pasti memang ada cerita-cerita dalam buku ini yang bestgiller-ba-be. Setakat ini empat orang member aku telah terpengaruh untuk baca buku ini dan aku akan mempengaruhi lebih ramai lagi untuk membacanya. Huhu.

Wuqing: Ayarkkk, aku lupa nak ajak annidxam.


4 Responses to “MASKARA shorties: THE UNTOLD STORY”


  1. November 28, 2008 at 10:08 am

    dating!! wakakakakaka……lawak ar kau ni….

    eyh..pasal celup tangan dalam air tu aku pun mcm pernah jugak tp situasi berbeza…makan koko crunch sambil dgr mp3…..ralit borak2 ngan member aku nak termakan earphone and koko crunch kat tgn satu lagi aku nak masukkan dalam telinge….

    pas dah tercelup tu kau tak baso tgn ae~~~ ish ish ish…..

    oh yea..ko dak UIA ae~~ junior aku rupanyer….amek kos ape?

    wuqing: saje aku xnak betulkan balik perkataan tu…cambest je bl tgk maksud dia tiba2 dh jd lain…nak makan earphone ngan sumbat koko crunch kat telinga, itu lg dahsyat tu…aku celup tu kira basuh tgn la tu, hahaa…ye ke aku bdk uia?…baiknya aku, hakhakhak…

  2. 2 miki
    December 2, 2008 at 3:44 pm

    wahaha..sekarang kau ni bgus…angkat tangan ketika diberi arahan….dulu ketika di sekolah…angkat tangan jawab soalan pun ko malas….hahaha~!

    wuqing: aku jawab dlm hati je…hakhak…sekali betul plak tu, rugi aku tak angkat tangan…kalo tak mesti cikgu kata aku pandai…hakhak…

  3. December 30, 2008 at 2:17 pm

    “It’s easier to ask forgiveness than it is to provide an invitation”

    :(

    hohohoh~

  4. January 1, 2009 at 4:04 pm

    err, aaa…
    ah’hahahaa…
    tu sape cakap tu?… :P


Leave a Reply




Chronology

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Archives