Ini lawak baru. Ini baru lawak.

Aku tangguhkan entri ‘Basah’ untuk sementara waktu bagi memberi laluan untuk entri ini. Aku fikir aku bukanlah orang yang layak untuk mengulas, mengkritik atau apa-apa je la tentang filem (belakang-belakang aku kutuk la kot, hakhak). Jadi, aku cuma nak berkongsi tentang apa yang aku suka atau mungkin tak suka tentang filem ini.
Yang aku suka:
- Opening credits filem ini. Kalau tak silap aku, filem ‘Otai’ pernah menggunakan konsep begini tapi aku lebih suka yang dalam filem ini kerana nampak lebih kemas. Tiru? No comment kerana aku rasa filem ‘Otai’ juga bukan filem pertama yang menggunakan konsep begini. Cuba la check filem-filem Hollywood.
- Babak-babak ketika Los (Hans Isaac) dan Faun (Adlin Aman Ramlie) bekerja di kedai coli. Dua orang perempuan kat sebelah aku gelak kaw-kaw. Aku pulak yang tersipu-sipu. Eiceh.
- Babak Faun menghuraikan bagaimana dia mengetahui di mana wallet bekas majikan mereka tercicir. Nampak logik dan menarik.
- Sebelum aku menonton filem ini, aku dah tau yang nama ‘Los dan Faun’ bersempena dengan ‘lost and found‘ tapi aku tak perasan pulak yang nama ‘Soffaruddin al Sogood’ bersempena dengan ‘so far so good‘.
- Ketika Los dan Faun berjaya menemui budak-budak pengakap yang hilang kat Gunung Ledang, dengan Puteri Gunung Ledang sekali diorang jumpa. Perhatikan aksi Faun memujuk Puteri Gunung Ledang untuk keluar tapi Gusti Putri still nak tunggu Hang Tuah jugak. Ironinya, Adlin dahulunya memegang watak sebagai Sultan Melaka dalam PGL.
- Dalam banyak-banyak lambang kat uniform Los dan Faun terselit jugak lambang Pengakap Malaysia.

- Commercial break yang mempromosikan perkhidmatan Los dan Faun. Terutamanya part Faun bagi flying kiss.
- Babak-babak yang melibatkan ex-lans koperal Lokman (Sofi Jikan) yang tak kurang kacaknya. AWOL.
- Babak ketika Jasmin (Erra Fazira) yang ada lesen helikopter dan kapal terbang tapi lesen keretanya dah mati baru pulang dari Cameroon Highland membeli barang dapur dengan menaiki helikopter.
- Babak di antara Faun dan Kak Rokiah (Yusni Jaafar) bila mana Kak Rok menjerit,*”Jangan rogol-lah saya, jangan rogol-lah saya.” Selepas Faun menerangkan perkara sebenar, dengan muka hampa Kak Rok berkata,*”Jadi bukan datang nak rogol saya la ni?”
- Babak Faun yang tiba-tiba jatuh lalu mengeluarkan kanta pembesar.
- Babak flashback ala CSI tapi suka hati diorang je nak tukar-tukar.

- Babak-babak yang melibatkan Amran Askor (Khir Rahman) terutamanya bila dia menyebut,*”Haa, ini yang kita tak tahu.” Aku jangka ayat ini akan menjadi ikutan ramai sebagaimana ayat “mereka dan keluarga mereka” suatu ketika dahulu.
- Babak-babak Amran cuba cakap omputih cam,*”Yeah” dan juga,*”Don’t want, don’t want.“
- Babak Amran dengan muka sedih bertanya,*”Lobster ada lobster? Lobster yang besaarrr tu.”
- Babak cerita sedih ala ‘Titanic’ oleh Amran.*”Macam mana boleh ada iceberg di selat Melaka di ketika itu, haa ini yang kita tak tahu.”
- Babak orang kampung iaitu keluarga Jasmin buat surprise birthday party untuk Tuan Sofar (Afdlin Shauki).
- Babak Serena Mysterina (Ida Nerina) buat silap mata teka nombornya. Mengong.

- Ketika Los, Faun, dan Dick Johnson (Stephen Rahman Hughes) sedang menyoal siasat Serena Mysterina, si Amran boleh bantai layan karaoke pastu siap tanya lagi,*”Lagu-lagu kumpulan Scoin ada tak?”
- Babak ketika Los dan Faun bergaduh, secretary mereka (Nadia Mustafar) dengan rambut toncang sebelah dan wataknya yang bagi aku ala-ala ‘Yah Koboi’ sikit dalam filem ‘Man Laksa’ bertanya,*”Adakah saya masih diperlukan di sini di ketika ini?”
- Babak ayah Faun mengajak mak Faun menonton cerita koboi sama-sama. Mak Faun menyahut,*”Kejap la bang. Saya tengah mandi hadas besar ni.”
- Babak trauma-sebab-baru-lepas-tengok-Brokeback-Mountain di antara Faun dan ayahnya. Walaupun aku belum pernah menonton ‘Brokeback Mountain’ kerana menurut Faun, filem itu diharamkan di Malaysia dan kerajaan melarang kita membeli VCD dan DVD cetak rompak tapi aku tau la jugak apa yang kecoh sangat pasal filem tu sampai buat ayah si Faun tu trauma sangat.
- Ketika Serena sedang menggoda Faun, Amran bertanya,*”Boleh tak saya duduk dekat sikit?” kemudian menyambung,*”Saya nak tengok je.”
- Babak patah hati Faun terhadap Jasmin. Adlin memang best.
Pendek kata, banyak la babak-babak yang best dalam filem ni. Filem ini berjaya membuatkan aku, sebelum menontonnya berkata, “Yang ni, yang ni mesti jahat nih.” Pada permulaan ceritanya membuatkan aku berkata, “Owh, dia ni baik rupanya.” Dan di akhir cerita aku berkata, “Ceh, dia ni jahat rupanya.” Seingat aku, ini la filem Melayu pertama yang aku tonton sampai dua kali di pawagam. Jadi, apa maknanya itu tuan-tuan dan puan-puan? Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang aku mungkin tak suka.

Yang aku mungkin tak suka:
- Aku suka dengan penerangan tentang wallet hilang itu. Bagi aku, kebolehan Faun itu tidak semestinya kerana dia mempunyai superpower (aku kata superpower kerana ada babak di mana Faun kehilangan kuasanya itu). Cukup dengan mengatakan dia mempunyai tahap kepekaan yang tinggi macam series ‘Psych’. Aku dah lupa series ‘Monk’ macam mana.
- Setelah menonton ‘the making of‘ filem ini, aku begitu teruja untuk melihat lakonan Ida Nerina. Walaubagaimanapun, aku sedikit hampa kerana boleh dikatakan semua babak-babak best melibatkan Serena Mysterina, aku dah tengok dalam ‘the making of‘.
- Aku masih tak faham kenapa Los dan Faun gemarkan jus betik. Apakah ada kisah di sebalik jus betik itu? Atau ada maksud lain mengenai jus betik?
- Dalam ‘the making of‘ ada babak Los dan Faun ketika zaman budak-budak tapi tak ada dalam filem ini walaupun dalam closing credits ada dinyatakan nama pelakon kanak-kanak tersebut. Juga babak Faun lengkap berpakaian silat. Aku tak pasti kenapa babak-babak tersebut ditiadakan. Jika kerana faktor kekangan masa, aku harap babak-babak tersebut dimasukkan dalam versi VCD dan DVDnya nanti. Boleh la ye, Abang Afdlin.
- Kalau mengikut sinopsis filem ini, “Filem ini mengisahkan dua budak kampung yang berasal dari Melaka yang mencari pekerjaan di ibu kota, Carlos Rodrigo Gunting atau Los (Hans) dan Ahmad Faun atau Faun (Adlin). Pelbagai kerja cuba dilakukan dua sahabat karib berkenaan namun kejujuran Faun selalunya membuatkan mereka dipecat.” Tapi cuma satu pekerjaan sahaja yang ditunjukkan iaitu kerja di kedai coli. Adakah ada babak-babak lain yang turut dipotong?
- Babak-babak yang melibatkan tukang kebun (Din Beramboi) juga mungkin dipotong. Tak berapa menyerlah la watak dia.

Yang aku ‘pelajari’ dari filem ini:
- Saiz coli ditentukan melalui cup-nya (banyak lagi la info pasal benda alah ni tapi malas aku nak cerita).
- Sekiranya anda tidak seperti J.Lo, anda mungkin seperti sarung nangka.
- Pemandu yang lesen keretanya mati mungkin mempunyai lesen helikopter dan kapal terbang.
- Sekiranya anda berkasar dengan perempuan, akibatnya anda cuma boleh tengok je dan tak boleh sentuh apabila dia memakai baju yang lebih selesa.
- Sekiranya anda bergaduh dengan rakan anda yang berasal dari Melaka, jangan sesekali menyebut perkataan ‘cencaluk’ dan ‘Klebang’. Sensitif.
- Sekiranya anda bergaduh dengan rakan baik anda, pulanglah ke kampung untuk mengadu kepada bapa anda. Mungkin anda akan menemui klu untuk kes yang anda sedang cuba selesaikan.
- Orang yang mampu untuk memiliki banglo mewah siap dengan helipad di Sungai Penchala dan membeli barang-barang antik mungkin berhutang dengan ah long.
- Jangan buat surprise birthday party untuk orang kaya yang mempunyai jam tangan berharga RM 30 juta, nanti anda akan kecewa.
- Cinta seorang GRO tidak semestinya kerana seks semata-mata. Mungkin juga kerana silap mata.
- Ahli politik yang tidak terlibat dengan politik wang mungkin kerana mereka sememangnya tidak mempunyai wang.
- Burung yang terbang gostan ke belakang, lame-lame bersarang di pinggir kali juge. Itu cerita ‘Zombie Kampung Pisang’ la.

Sekiranya ada penonton yang sanggup menonton filem-filem yang mengandungi lawak-lawak sampah, lawak basi yang diulang-ulang, pelakon yang lakonan mereka lebih kurang je dalam setiap filem dan drama, sehingga membolehkan filem-filem tersebut mencapai kutipan box office. Maka bagi aku, filem Los dan Faun berhak mendapat lebih dari itu. Jangan salah faham, aku tidak menyamakan Los dan Faun dengan filem-filem yang aku maksudkan di atas. Maksud aku, sekiranya filem yang entah hape-hape itu pun boleh mendapat kutipan box office, aku sedih sekiranya filem sebagus Los dan Faun tidak mendapat sambutan sewajarnya. Sekiranya anda belum menontonnya, sila bertindak segera kerana aku rasa tayangannya pun dah nak abis. Sekarang pun tinggal satu, dua tayangan je sehari.
Amaran: Isi kandungan di atas mungkin mengandungi spoiler. Hahaha.

Nota: Foto disalin dari laman web rasmi Los dan Faun serta blog Afdlin Shauki.
*Dialog-dialog di atas berdasarkan ingatan jangka pendek aku sahaja. Mungkin tidak sama dengan dialog sebenar.
Mereka kata ini filem Afdlin Shauki paling sewel. Bagi aku ini filem Afdlin Shauki paling best setakat ni.
Wuqing ~ Aku rasa ini entri terpanjang aku setakat ni kot. Macam mana tiba-tiba jadi panjang nih? Haa, ini yang kita tak tahu.
hemm..nak gi tengok tapi tak jugak sempat pegi lagi…
(adlin my fav artist..hehehe…)
tengok jgn x tengok…
sementara esok masih ada (tayangan)…
adlin mmg best dlm cerita ni…
huhu. memang suka eh letak gambar tanpa explanation? =p
ada yg sy dgr, tak suka cite ni, ada yg suka. tak tahu mana yg btl.
err, aaaaa, hmmm…
ahhahahaa…
ye la, ye la…
nak tulis la ni, nak tulis la ni…
hahaa…
besh2..aku dah tengok..
lobster ada lobster?…
lobster yg besaaarrr tu…
ya Allah.. memang entri paling panjang neh! ahaha.
lerr… los dan faun tu nama orang ke? hak3.
erk, yang saiz coli tu awak baru tahu ke? umo berapa ni dik? hehehe
ya Allah.. memang entri paling panjang neh! ahaha.
lerr… los dan faun tu nama orang ke? hak3.
erk, yang saiz coli tu awak baru tahu ke? umo berapa ni dik? sbb slalunya lelaki memang expert tentang benda camtuh. hehehe
The best movie ever!
Aku suka part Titanic tu! Hehehe
Sewel!!
diya,
hahaa, itu la…
aku layan je tulis, sedar2 dah 3 pages mic.words…
balas dendam kot, sebab dah lama terbengkalai…
itu pun aku selang selikan dgn gambar, xnak bg nmpk berjela-jela sgt…
hahaa, mmg nama org…
sape2 yg xtau mesti igt afdlin dah rojakkan/rosakkan bahasa…
tapi dia buat dgn bijak la…
dah tgk blm cite ni?…
err, aku lelaki suci…
xtau sgt psl colimenoli nih, eiceh…
time skolah dulu pernah la dgr bdk2 sebut 34b la, hape la tp x paham sgt pun…
nak tolong ajarkan ke, ahaks…
saya bdk br belajar, kalau salah tolong tunjukkan…
tp mmg nk kena amik tau gak nih…
kena mcm pakcik aku, wife dia kirim…
aku bantai gelak je dgn sepupu2 aku tgk dia dok belek2 benda alah tu…
itu masa form 2 dulu la…
suzila,
yup, mmg sewel…
hahahaa…
kalau aku gi tgk wayang citer ni pas ni…ko leh mintak royalti kat aflin shauki….
lydiarayyan,
hahaa, dia nak amik aku berlakon jadi org lintas jalan pun dah cukup bagus…
hehehe. takpe2. lama2 nanti awak tahu lah jugak psl hal2 pempuan neh. diya takyah ajar pun takpe =p
owh. diya tak tengok lagi cite los dan faun tu. tapi, dah dapat review camni, rasa malas lak nak tengok dah. hehe =D
Ruginya aku tak tawar diri tahun 2006 dahulu, kebanyakan pelakon adalah blogger!
haha semangat nie ko mengulas..
tapi betul la, memang puas hati tgk cerita nie..
sume orang memainkan peranan dan membawa watak dengan bagus..
lari sket dari strereotype filem melayu tapi xley lari jauh, nanti market+untung pun lari..
haa, yang ini kita pun tak tahu..haha
diya,
cait, kedekut ilmu…
hahahaa, gurau jek…
dah rasa malas nak tengok?…
apa kau ingat kau dah arif sangat ttg coli?…
fikirkan sekali lagi, hahahaa…
atau review ini terlampau detail hingga buat kau rasa lebih baik kau tengok kat astro je mcm filem cuci…
kan ke dah ada amaran spoiler tu haa, hakhak…
Zamri Mohamad ,
nasib baik tak tawar diri…
kalau x confirm kena pgg watak sarung nangka…
takpe, kita tunggu 2010 pulak…
hahaha…
langlegar,
hahaa, ntah aku layan je tulis sedar2 dah pjg mcm nih…
lain kali kau buat open house, pastikan jus betik disediakan…
Hahaha! Jus betik! Kelakar!!!
Suzila,
hahaa, itu la…
bendanya simple je tp bila kena dgn tpt akan jd kelakar…
tp serius la tak paham lg, kenapa jus betik?…
saya pun suka movie ni. saya gi tengok sorang2. pun boleh tergelak-gelak besar. hoho.
baca entry ni pun buat saya tergelak2 lagi.
“sayalah serina misteryna.” ida nerina memang lawak. semua lawakla cite ni. dan bagi saya takde lawak boddo….
kesimpulannya : memang best!
Kekeke
Tak pernah2 nampak menu jus betik kat restoran hehe
Kenapa jus betik? Haa~ Ini yang kita tak tahu! hehehe
aishah,
aku kali pertama tengok berdua, kali kedua tengok sorang-sorang…
tapi dua2 kali tu org x ramai so x havoc sangat…
ida nerina antara pelakon wanita yg aku suka lakonannya…
selain cerita ni, aku juga suka wataknya dalam baik punya cilok…
walaupun wataknya kecil tapi lakonannya mantap…
Suzila,
pernah la 2,3 kali minum jus betik…
boleh tahan jugak sedapnya, rasa macam buah betik…
mungkinkah jus betik akan menjadi menu popular selepas ini?…
haa, yang ini pun kita tak tahu…