Aku baru sahaja melepasi hari-hari yang sibuk dan bakal menempuhi hari-hari yang lebih sibuk. Sesibuk mana? Haa, ini yang kita tak tau.
Jangan sibuk-sibuk nak tanya sama ada aku benar-benar sibuk ataupun buat-buat sibuk. Kalau betul pun aku sebenarnya tak sibuk, nanti aku tetap akan jadi sibuk untuk melayan si penyibuk.
Blog ini akan di-update bilamana aku ada masa. Hanya orang sibuk yang ada masa. Adakah ini bermakna orang yang selalu ada masa update blog merupakan seorang yang sibuk? Haa, yang ini pun kita tak tau.
Wu Qing | Hari tu ada dua orang awek ajak aku keluar. Aku suruh diorang buat appointment dulu. Aku kan sibuk. Harharharharunsalimbachik. ![]()
Recent Analyses