07
Feb
08

Sepasang Kasut Itu

Aku ke kedai kasut untuk mencari sepasang kasut sukan. Ya, aku kini dalam proses untuk kembali bersukan. Kenapa, tak percaya? Banyak betul kasut. Rambang mata aku. Aku tertarik kepada beberapa kasut sukan yang yang mempunyai gabungan warna putih dan merah. Tak tahu nak pilih yang mana. Awek kedai kasut tu dok pandang-pandang aku.

“Mamat ni nak beli kasut ke tak? Dari tadi tengok-tengok je”, mungkin itu fikirnya. Mungkin, aku kata.

Aku capai salah satu daripada kasut tersebut untuk dicuba. Warna merah. Muat-muat. Tapi rasa lain macam je bentuknya. Tak sesuai dengan bentuk kaki aku. Awek kedai kasut tu senyum-senyum. Aku capai sepasang kasut yang lain. Warna putih. Muat-muat. Ok, tapi kalau pakai stokin mesti tak lepas ni. Aku tengok saiz, 7.

“Saiz 7 ½ ada?”, aku bertanya.

“Tak ada. Saiz 8 ada”, jawab awek aaak, kedai kasut tu.

“Ooo, saiz yang setengah-setengah tak ada ek?”, aku.

“Tak ada”, awek kedai kasut.

“Ok, bagi saya nombor 8”, aku.

“Haa?”, awek kedai kasut tu terpingga-pingga.

“Eh, bagi saya saiz 8”, aku tersilap sebut tadi. Macam mintak set makanan kat fast food pulak.

“Ooo”, senyum dan beredar.

Sambil menunggu awek kedai kasut tu keluar dari stor aku perhatikan kembali kasut yang mula-mula aku cuba tadi. Yang warna merah tu. Setelah diperhatikan betul-betul, aku rasa itu kasut sukan untuk perempuan. Patut la lain macam je bentuknya. Patut la awek kedai kasut tu senyum-senyum. Ceh, malu aku. Pakai kasut perempuan rupanya.

Wuqing: Tulennn, bang!

Advertisements

4 Responses to “Sepasang Kasut Itu”


  1. February 27, 2008 at 6:58 am

    yup! nih mmg betul2 wat aku tergelak .. sbb membayangkan ko yg mmg separuh blur tuh haha!

    wuqing: sedangkan lelaki pun boleh menyerupai perempuan…apatah lagi kasut…hakhakhak…

  2. June 24, 2008 at 11:14 am

    aku rase awek tue senyum2 sebab tgh berangan kalau r mamat nie jd pakwe aku..pastu mintak no 8 macam mintak no telepon haha

    wuqing: bl ko yg sebut no 8 aku teringat posisi ragbi plak…kalo awek tu jd awek aku, mesti aku bley dpt kasut free kan kan kan…

  3. 3 fndrocka
    May 12, 2009 at 7:39 pm

    ini dah kes kecelaruan jantina kasut wehh..aku kdg2 tersilap gak ushar2 seluar yg berjantina perempuan, ..last2 baru perasan FEMALE area.ceh.

  4. May 13, 2009 at 5:42 am

    hahaa, jangan sampai seluar dalam pun boleh tersilap udah le, siap g-string lagi…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Chronology

February 2008
M T W T F S S
« Nov   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Archives


%d bloggers like this: