09
Jan
09

Infotainment: Mari Belajar Geografi

crows_lake_in_north_sikkim

Aku ada seorang member yang aku tak tau nak kategorikan dia ni sebagai naif ataupun sengal. Selalu jugak la keluar statement-statement yang tak boleh diterima akal dari mulut dia ni.

Hari tu kami balik ke KL naik bas dari Kedah. Tengah aku layan permandangan kat luar tingkap, tiba-tiba aku terdengar pertanyaan ni keluar dari mulut Bad.

“Eh, kita dah masuk Highway Karak ke?”

Aku toleh belakang. Eriq dah tergelak. Adeiii. Kau balik KL. Dari Kedah. Lalu PLUS. Nak masuk Highway Karak buat hape?

“Kau ingat kita nak pergi Gua Musang ke haa?” kata Eriq.

“Owh, tak lalu Highway Karak ya?” Bad tersengih macam biasa.

Aku sambung layan permandangan kat luar. Ada deretan bukit ke gunung kat tepi jalan. Tiba-tiba Bad bersuara lagi dengan penuh yakin.

“Owh, ni la Banjaran Himalaya kan?”

Eriq tergelak lagi. Aku pun dah tak boleh tahan. Aku akui yang banyak benda yang aku belajar dalam subjek Geografi dulu aku dah lupa. Tapi sekurang-kurangnya aku tau la yang Banjaran Himalaya tu tak terletak kat Malaysia. Tak silap aku dekat dengan Tibet dan Gunung Everest terletak kat Banjaran Himalaya. Yang ada kat Malaysia, Banjaran Titiwangsa. Bad tersengih lagi sebab dia tau yang dia tersilap lagi.

“Mana aku tau. Aku ingatkan ada bunyi ‘malaya’ kat belakang tu maknanya tempat tu kat Malaysia la. Nasib baik tak tertukar dengan Tasik Titiwangsa,” Bad cuba merasionalkan kesengalannya.

Nota: Foto disalin dari laman web wikipedia

Wu Qing ~ Tak kira la naif ke sengal ke si Bad ni…yang penting dia ni baik…aku suka kawan dengan dia…


14 Responses to “Infotainment: Mari Belajar Geografi”


  1. January 9, 2009 at 11:42 am

    hahaha. diya pun lebih kurang satu spesis ngan Bad. baru ni nak pergi KL, diya boleh tanya adik diya “Kita nak lalu Grik ke ni?”. Hihi, dulu biasa pergi utara memang kena lalu Grik.

    hahaa, ni kes dah terbiasa la ni kot…si bad ni biasa lalu highway karak balik kelantan…

  2. January 9, 2009 at 11:45 am

    tapi kan, yang banjaran himalaya tu… adeh. bad ni boleh masuk raja lawak lerr 😛

    tu la pasal…siap dengan muka penuh confident dan kagum lagi tu…sebenarnya kita memang ada ramai pelawak-pelawak berbakat…cuma diorang tak join raja lawak je… 😛

  3. 3 ana
    January 9, 2009 at 12:25 pm

    comey btol si bad nih!haha…tp besh gk dpt kwn yg gile2 cm2

    memang comey, hahahaa…adik dia nampak lagi matang dari dia…memang ramai kawan2 aku yg gile2 dan gile, hahaa… 🙂

  4. January 9, 2009 at 5:49 pm

    tuh belum ajak dia pegi makan pakapau kat german lagik.. qal ko tau x kedai makan german katne? huhu~

  5. January 10, 2009 at 1:12 am

    german yg kat matrik pj tu kan?…tapi pakapau tu dah tak ingat la mcm mana rupa dia…

  6. January 10, 2009 at 7:38 pm

    haha…aku pun lemah geografi, kalo tang jalan tue memang aku kantoi…tapi aku taw banjaran himalaya kat mane..haha

    hahaa, aku pun dah brp thn dok kl tp still kantoi part jalan lg…kalo org tanya aku biasanya aku akan jawab tak tahu…

  7. 7 -amirul faiz-
    January 11, 2009 at 10:50 pm

    cam nasi paprik je pun…
    klu aja g makan kat german konfem2 dia ajak g wat passport dlu..

  8. January 12, 2009 at 12:33 am

    hahaa, sanggup tu wat passport semata-mata nak makan kat german…buat group passport la, kuar makan ramai2…

  9. January 12, 2009 at 4:40 pm

    Hehehe 😛 Lawak betul si Bad nih! Mesti fun jadi kawan dia. Tak kering gusi 😀

    Hahaha…bukan setakat tak kering gusi…nak pecah perut ni bantai gelak…

  10. January 13, 2009 at 2:39 am

    kirim salam kat bad itu ye….ckp ngan dia nak gi himalaya ajak aku…

    oh yea..wukingkong..ada home work..ko kena tag!!!

    ko kirim salam kat bad?…ko nak gi himalaya ngan dia?…dia ni la yg aku selalu cakap sama ngan ko tu…waahahaa…apakah?aiseh, ko ingat aku ni budak sekolah ke nak bagi homework nih?…nak kata desperate housewife pun bukan…nanti la aku tiru org lain punya…hakhak…

  11. January 13, 2009 at 10:17 pm

    sok 14 haribulan.. aku nk wish awal2.. slamat hari tua utk ko..
    teruskan buat aku sengih sorg2 baca blog ko 🙂

  12. January 14, 2009 at 4:22 am

    terima kasih la…tp xde hadiah ye walaupun wish awal…mana ada tua, baru 17…sweet 17 gitu… 😛 hahaa, selamat sengih sorang2…

  13. January 14, 2009 at 2:08 pm

    arrghhh!! tidakk..ko samakan aku ngan bad itu!! tidakkk~~!! maknnye ko kate aku sengal ye! *geduh! *gedush! (tumbuk perut kau)

    homework blog lain….tak kire sekolah ketak..eh..ko sekolah lagikan? so, kena buat jugak!!tak kire..tak kire!

  14. January 15, 2009 at 3:32 am

    adeih, adeih…
    hahahaa, mana ada aku kata ko sengal…
    yg sama tu dari segi fanatik gila babeng kat sukan kegemaran masing2…
    mungkin korang bley ada hobi baru cam mendaki gunung ke…
    bley gi honey moon kat banjaran himalaya…
    nak honey moon kat highway karak, giler tak romantik… 😛

    ye la, ye la…
    nanti aku buat…
    hahahaa…

    *lawak terbaru bad

    A: Macam ni, kami nak buat program…
    B: Haa, apa dia? Khamis ni ada program?


Leave a comment


Chronology

January 2009
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives